Duce Fasisme Duce del Fascismo | |
---|---|
Il Duce | |
Benito Mussolini | |
Gelaran | Tuan Yang Terutama |
Kediaman | Palazzo Chigi (1925–1929) Palazzo Venezia (1929–1943) |
Dilantik oleh | Majlis Tertinggi |
Pelopor | Diri sendiri (sebagai Perdana Menteri) |
Dibentuk | 24 Disember 1925 |
Pemegang pertama | Benito Mussolini |
Pemegang akhir | Benito Mussolini |
Dimansuhkan | 25 Julai 1943 |
Penggantian | Pietro Badoglio (sebagai Perdana Menteri) Diri sendiri (sebagai Duce RSI, seperti yang didakwa oleh RSI) |
sunting · sunting di Wikidata |
Duce [ˈdu.t͡ʃe, du-cé; Pemimpin] adalah sejenis gelaran bahasa Itali berakar daripada perkataan Latin dux serta kata seasal dengan duke; gelaran ini dikenali pemakaiannya dengan Benito Mussolini, Perdana Menteri Itali semasa zaman Perang Dunia Kedua yang juga merangkap Pemimpin Parti Fasis Nasional oleh pengikut-pengikut sefahamannya sebagai Il Duce. pergerakan tersebut dan ia menjadi rujukan kepada jawatan diktator Sua Eccellenza Benito Mussolini, Capo del Governo, Duce del Fascismo e Fondatore dell'Impero ("Tuan Yang Terutama Benito Mussolini, Ketua Kerajaan, Duce Fasisme dan Pengasas Empayar").[1]
Penjawatan dan penggelaran ini telah diwujudkan pada tahun 1925 oleh Mussolini sendiri sebavai penyandang gelaran ini bersama-sama dengan jawatan Pengerusi Jemaah Menteri: ini merupakan posisi berperlembagaan yang memberikan beliau kuasa memerintah Itali bagi pihak Raja Itali. Gelaran Pengasas Empayar telah ditambah bagi kegunaan eksklusif oleh Mussolini dalam mengiktiraf penubuhan satu entiti sah rasmi Empayar Itali bagi pihak Raja pada tahun 1936 susulan dari kemenangan Itali dalam Perang Itali-Habsyah Kedua. Jawatan ini telah disandang oleh Mussolini sehingga tahun 1943, apabila beliau telah dipecat oleh Raja dan posisi "Duce" dimansuhkan, manakala Marsyal Pietro Badoglio telah dilantik sebagai Presidente del Consiglio.
Jawatan ini merupakan model bagi kegunaan pemimpin fasis yang lain, seperti gelaran Führer oleh Adolf Hitler. Pada September 1943, Mussolini menggayakan dirinya sebagai "Duce Republik Sosial Itali" (Itali: Duce della Repubblica Sociale Italiana ).[2]