Rencana ini mungkin terlalu panjang untuk membaca dan melayari dengan selesa. |
Empayar Mali Manden Kurufa | |||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1235–1610-an | |||||||||||
Panji kerajaan | |||||||||||
Ibu negara | Niani; Ka-ba | ||||||||||
Bahasa yang umum digunakan | Bahasa Maninka | ||||||||||
Agama | Agama Afrika tradisional (awal) Islam (kemudian) | ||||||||||
Mansa | |||||||||||
Mari Djata I (pertama) | |||||||||||
• kira-kira 17 tahun | Mahmud IV (terakhir) | ||||||||||
Badan perundangan | Gbara | ||||||||||
Sejarah | |||||||||||
• Didirikan | 1235 | ||||||||||
• Perpindahan ibu kota dari Niani ke Kangaba | 1559 | ||||||||||
• Dibubarkan | 1610-an | ||||||||||
Keluasan | |||||||||||
1380[1] | 1,100,000 km2 (420,000 bt2) | ||||||||||
Populasi | |||||||||||
• 1380[1] | 20,000,000 | ||||||||||
Mata wang | Emas (Garam, tembaga dan cypraea juga biasa digunakan) | ||||||||||
| |||||||||||
Simbol empayar: Helang Binatang suci: Helang dan haiwan lain mengikut puak pemerintah seperti singa dan babi hutan. |
Empayar Mali (Manding: Nyeni[2] atau Niani; juga dikenali sebagai Manden Kurufa[3] atau Manden) ialah sebuah empayar di bahagian barat Afrika pada sekitar tahun 1235 hingga 1610. Empayar ini diasaskan oleh Sundiata Keita dan terkenal dengan kekayaan para pemerintahnya, terutamanya Musa Keita. Empayar ini merupakan empayar terbesar di Afrika Barat dan banyak mempengaruhi budaya di situ melalui penyebaran bahasa, perundangan dan adat empayar kepada kawasan Sungai Niger.[4]
Kebanyakan maklumat berkenaan empayar ini diperoleh dari pakar sejarah Afrika Utara, Ibn Khaldun dan dua orang penjelajah Maghribi, Ibn Battuta pada abad ke-14 dan Leo Africanus pada abad ke-16. Tradisi lisan Mandinka juga merupakan sumber maklumat utama empayar ini.[5]