Euroskeptisisme

Euroskeptisisme merujuk kepada pengkritikan terhadap Kesatuan Eropah serta integrasi Eropah. Ia juga dapat merujuk kepada fahaman membangkang dan menolak entiti Kesatuan tersebut (anti-EU-ism).[1][2] Fahaman ini tidak sama dengan keantiEropahan yang berpunca daripada penolakan budaya Eropah dan Eropanisasi, serta perasaan, pendapat dan diskriminasi terhadap kelompok etnik Eropah.

Perkara ini datangnya daripada tanggapan bahawa integrasi negara-negara anggota dalam Kesatuan Eropah melemahkan kedaulatan negara dan negara bangsa; keadaan Kesatuan Eropah yang dianggap sarat dengan birokrasi;[3][4] kelonggaran kemasukan imigran ke negara anggota yang dianggap terlalu tinggi; atau persepsi bahawa Kesatuan ini merupakan sebuah organisasi neoliberal yang memberi manfaat kepada elit perniagaan melalui tindakan yang menyukarkan kelas pekerja.[5] Fahaman ini dijumpai pada partai-partai politik di serata spektrum politik baik yang bersayap kiri mahupun kanan. Namun, kenaikan partai populis sayap kanan di Eropa sangat berkait dengan meningkatnya kecenderungan rakyat terhadap Euroskeptisisme di benua tersebut.[6]

  1. ^ Erkanor Saka (2009). Mediating the EU: Deciphering the Transformation of Turkish Elites (PhD Thesis). ProQuest. m/s. 202. ISBN 978-1-109-21663-9. Dicapai pada 9 March 2016.
  2. ^ Matthew (26 Oktober 2011). "Why anti-EUism is not left-wing". Workers' Liberty. Alliance for Workers Liberty. Dicapai pada 31 Januari 2016.
  3. ^ Kopel, David, Silencing opposition in the EU, Davekopel.org, dicapai pada 18 Februari 2015
  4. ^ Hannan, Daniel (14 November 2007). "Why aren't we shocked by a corrupt EU?". The Daily Telegraph. London. Dicapai pada 2 Mei 2010.
  5. ^ John FitzGibbon, Benjamin Leruth, Nick Startin (editor). Euroscepticism as a Transnational and Pan-European Phenomenon. Taylor & Francis, 2016. m/s.133
  6. ^ Han Werts, Marcel Lubbers, and Peer Scheepers (2013) Euro-scepticism and radical right-wing voting in Europe, 2002–2008: Social cleavages, socio-political attitudes and contextual characteristics determining voting for the radical right, European Union Politics, jld. 14 no. 2: 183–205.

Euroskeptisisme

Dodaje.pl - Ogłoszenia lokalne