F-14 Tomcat

F-14 Tomcat
Pesawat F-14A Tomcat dari USS Nimitz semasa Operasi Southern Watch
Peranan Pesawat pemintas / pelbagai peranan
Pengeluar Grumman
Northrop Grumman
Penerbangan sulung 21 Disember 1970
Mula digunakan September 1974
Dihentikan 22 September 2006, Tentera Laut A.S
Status Aktif (Iran)
Dibersarakan (Amerika Syarikat)
Pengguna utama Tentera Laut Amerika Syarikat
Tentera Udara Republik Islam Iran
Jumlah dibina 712 buah
Kos seunit AS$38 juta pada 1998

Grumman F-14 Tomcat adalah merupakan sebuah pesawat dua tempat duduk berkelajuan supersonik, berenjin berkembar serta mempunyai sayap geometri boleh ubah. Peranan utama F-14 adalah sebagai platfom pesawat penguasaan udara maritim, pemintas bagi pertahanan angkatan laut dan pengawasan taktikal bagi Tentera Laut A.S dari tahun 1974 sehingga 2006. Pesawat ini juga melaksanakan misi-misi serangan tepat setelah dilengkapi dengan “Sistem Navigasi dan Sasaran Inframerah Aras Rendah pada Waktu Malam” (‘’Low Altitude Navigation and Targeting Infrared for Night’’ LANTIRN). [1] F-14 Tomcat dibangunkan selepas kegagalan projek F-111B, dan merupakan pesawat pejuang pertama dari siri F-1X Amerika Syarikat yang direka dengan mengabungkan pengalaman dari pertempuran udara semasa Perang Vietnam menentang pesawat MiG.

Pesawat ini memulakan perkhidmatan dengan Tentera Laut A.S pada 1974 bagi mengantikan pesawat F-4 Phantom II. Pesawat ini juga telah dieksport kepada Tentera Udara Imperial Iran pada 1976. Penggunaan F-14 dalam perkhidmatan Tentera Laut A.S telah dihentikan pada 22 September 2006, dan peranannya telah diambil alih oleh pesawat F/A-18E/F Super Hornet.[2] Sehingga tahun 2008, pesawat ini dipercayai masih digunakan oleh Tentera Udara Republik Islam Iran.


F-14 Tomcat

Dodaje.pl - Ogłoszenia lokalne