F-16 Fighting Falcon

F-16 Fighting Falcon
Pesawat F-16C Fighting Falcon milik Tentera Udara A.S. di ruang udara Iraq pada tahun 2008
Peranan Pelbagai peranan
Pengeluar General Dynamics
Lockheed Martin
Penerbangan sulung 2 Februari 1974
Mula digunakan 17 Ogos 1978
Status Aktif
Pengguna utama Tentera Udara Amerika Syarikat
25 pengguna lain (lihat Senarai pengguna pesawat F-16 Fighting Falcon)
Jumlah dibina 4,604 (Jun 2018)[1][2]
Kelainan General Dynamics X-62 VISTA

F-16 Fighting Falcon adalah pesawat pejuang pelbagai peranan Amerika Syarikat yang dibangunkan oleh firma General Dynamics untuk Tentera Udara Amerika Syarikat. Direka sebagai pesawat pejuang ringan, pesawat ini kemudian berkembang dan menjadi pesawat pejuang pelbagai peranan yang berjaya. Sifat serba boleh ini menjadi sebab paling utama Falcon laris dijual di pasaran eksport, dan kini berkhidmat di 24 negara lain.[3] Pesawat F-16 merupakan program pesawat pejuang Barat terbesar dengan lebih 4,000 buah pesawat dibina sejak pengeluarannya dimulakan pada tahun 1976. Walaupun ia sudah tidak dikeluarkan untuk Tentera Udara A.S., pesawat ini masih dikeluarkan untuk dieksport.[4] Pada tahun 1993, General Dynamics menjual perniagaan pembuatan pesawatnya kepada Lockheed Corporation,[5] yang mana menjadi sebahagian daripada Lockheed Martin selepas penggabungan dengan Martin Marietta pada tahun 1995.[6]

Fighting Falcon merupakan pesawat pejuang dengan inovasi seperti tenda gelembung tanpa bingkai untuk darjah penglihatan yang lebih baik, tuas kawalan di sisi untuk memudahkan kawalan ketika di bawah Daya G tinggi, dan tempat duduk bersandar untuk mengurang kesan daya G terhadap juruterbang. Ia juga merupakan pesawat pejuang pertama yang dibina untuk dapat menahan pusingan 9-G. Ia mempunyai nisbah tujahan-kepada-berat melebihi satu, memberikan kuasa yang cukup untuk memanjat dan memecut menegak ke atas - sekiranya perlu.[7] Walaupun nama rasmi bagi pesawat F-16 adalah "Fighting Falcon", ia dipanggil oleh beberapa juruterbangnya sebagai "Viper", sempena nama pesawat pejuang bintang dalam siri Battlestar Galactica.[8]

  1. ^ "How the F-16 fighter jet put Fort Worth on the aerospace map". star-telegram.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 November 2017. Dicapai pada 24 November 2017.
  2. ^ "Lockheed Martin Awarded Contract to Build F-16 Block 70 Aircraft for Bahrain". Diarkibkan daripada yang asal pada 29 June 2018. Dicapai pada 28 June 2018.
  3. ^ "F-16 Fighting Falcon". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-06-29. Dicapai pada 2008-05-29.
  4. ^ Lockheed Martin, Tentera Udara Poland meraikan ketibaan Pesawat Tempur Pelbagai Peranan F-16 yang termaju di Eropah
  5. ^ Sejarah firma General Dynamics
  6. ^ Sejarah firma Lockheed Martin, 1990
  7. ^ Lembaran fakta F-16, Tentera Udara A.S, Oktober 2007.
  8. ^ F-16 Fighting Falcon, F16, atau Viper?

F-16 Fighting Falcon

Dodaje.pl - Ogłoszenia lokalne