F-4 Phantom II | ||
---|---|---|
Penerangan | ||
Jenis | Pesawat pemintas dan pejuang-pengebom | |
Pengeluar | McDonnell Aircraft/ McDonnell Douglas | |
Kos seunit | AS$ 2.4 juta (pesawat F-4E baru) | |
Penerbangan sulung | 27 Mei 1958 | |
Pengguna pertama | Tentera Udara Amerika Syarikat Tentera Laut Amerika Syarikat Kor Marin Amerika Syarikat | |
Krew | 2 | |
Dimensi | ||
Panjang | 19.2 m | |
Tinggi | 5.0 m | |
Rentas sayap | 11.7 m | |
Luas sayap | 49.2 meter persegi | |
Berat | ||
Berat tanpa muatan | 13,757 kg | |
Berat muatan penuh | 18,825 kg | |
Berat berlepas maksimum | 28,030 kg | |
Janakuasa | ||
Enjin | 2 × General Electric J79-GE-17A turbojet paksi pemampat | |
Tujahan maksimum | 17,845 Paun-sekaki / (79.6 kN) setiap enjin | |
Persenjataan | ||
Meriam | 1 x 20 mm M61 Vulcan Gatling, 639 butir peluru | |
Bom | Sehingga 18,650 lb (8,480 kg) pelbagai jenis bom 4 x AIM-7 Sparrow (bergantung kepada versi) | |
Prestasi | ||
Kelajuan maksimum | Mach 2.23 di altitud 40,000 kaki (12,190 m) | |
Jarak tempur | 680 km | |
Altitud tertinggi | 60,000 kaki (18,300 m) | |
Kadar panjat | 41,300 kaki/minit (210 m/s) |
McDonnell Douglas F-4 Phantom II adalah pesawat pejuang-pengebom supersonik dua tempat duduk yang dibina untuk Tentera Laut Amerika Syarikat. Pesawat ini berkhidmat dengan Tentera Laut A.S dari tahun 1960 hingga 1996. Selain itu, pesawat ini juga berkhidmat dengan Tentera Udara Amerika Syarikat dan negara-negara lain seperti Jepun, Korea, United Kingdom dan Jerman. Setakat tahun 2001, masih terdapat lebih 1,000 buat pesawat yang masih aktif berkhidmat.