Filologi


Filologi ialah kajian bahasa dalam sumber bersejarah lisan dan bertulis; ia ialah persilangan kritikan teks, kritikan sastera, sejarah, dan linguistik (dengan terutamanya ikatan kuat dengan etimologi).[1][2][3] Filologi lebih biasa ditakrifkan sebagai kajian teks sastera serta rakaman lisan dan bertulis, pewujudan kesahihan bentuk asalnya, dan penentuan maksudnya. Orang yang mendalami jenis kajian ini dikenali sebagai ahli filologi.

Dalam penggunaan yang lebih lama, terutamanya British, filolofi lebih umum, meliputi linguistik perbandingan dan sejarawi.[4][5]

Filologi klasik mengkaji bahasa klasik. Filologi klasik terutamanya berasal dari Perpustakaan Pergamum dan Perpustakaan Iskandariah[6] sekitar abad keempat SM, diteruskan oleh orang Yunani dan Rom di seluruh Empayar Rom/Byzantine. Ia dipelihara dan digalakkan semasa Zaman Keemasan Islam, dan akhirnya diteruskan oleh para sarjana Eropah Renaissance, yang lalu disertai oleh filologi bahasa-bahasa bukan Asia (Eropah) (Jermanik, Celtik), Eurasia (Slavistik, dan sebagainya), Asia (Arab, Parsi, Sanskrit, Cina, dan sebagainya), dan Afrika (Mesir, Nubia, dan sebagainya) yang lain. Pengajian Indo-Eropah melibatkan filologi perbandingan kesemua bahasa-bahasa Indo-Eropah.

Filologi, dengan tumpuannya pada perkembangan sejarah (analisis diakronik), dibandingkan dengan linguistik disebabkan oleh Ferdinand de Saussure menegaskan kepentingan analisis sinkronik. Perbandingan tersebut diteruskan dengan munculnya strukturalisme dan linguistik Chomskyan di samping penekanannya pada sintaksis, walaupun penyelidikan dalam bidang linguistik sejarawi selalu dicirikan oleh kebergantungan pada bahan dan dapatan filologi.

  1. ^ SAUSSURE, Ferdinand de (2006). Writings in general linguistics. Oxford University Press. m/s. 118. ISBN 9780199261444. Dicapai pada 21 Mac 2020.
  2. ^ SAUSSURE, Ferdinand de (2002). Ecrits de linguistique generale. Paris: Gallimard. ISBN 9782070761166.
  3. ^ Peile, John (1880). Philology. Macmillan and Co. m/s. 5. Dicapai pada 2011-07-16.
  4. ^ "philology". dictionary.com.
  5. ^ "philology". oxforddictionaries.com.
  6. ^ Hall, F. W. (1968). A Companion to Classical Texts. Oxford, England: Clarendon Press. m/s. 22–52.

Filologi

Dodaje.pl - Ogłoszenia lokalne