Futurism (Itali: Futurismo ) merupakan suatu gerakan seni dan masyarakat yang wujud di Itali pada abad ke-20, di mana motif dan unsur gaya ini sangat menumpukan kepada kemajuan teknologi dan pembangunan ketamadunan manusia yang muda dan pesat. Ia dibangunkan sebagai tujuan membebaskan semangat negara Itali daripada beban dialami hasil pergolakan politik yang berlaku dalam negara tersebut pada ketika itu.[1] Antara tokoh terutamanya adalah Filippo Tommaso Marinetti, Umberto Boccioni, Carlo Carrà, Fortunato Depero, Gino Severini, Giacomo Balla dan Luigi Russolo. Ia memuliakan kemodenan dan mencapai untuk membebaskan Itali dari keberatan zaman dahulunya. Ia telah diterpengaruh oleh Kubisme. Antara karya Futurisme yang paling penting adalah Manifesto of Futurism karya Marinetti, patung pahat Unique Forms of Continuity in Space karya Boccioni, lukisan Abstract Speed + Sound karya Balla, dan The Art of Noises karya Russolo.
Walaupun ia terutamanya fenomena yang dihasil oleh Itali, terdapat pelbagai gerakan yang selari dengannya yang boleh dijumpai di Britain dan Rusia, di mana sesetengah ahli Futuris Rusia kemudian menubuhkan kumpulan seninya sendiri; negara lain pun juga terdapat beberapa Futuris atau mempunyai gerakan yang terinspirasi oleh Futurisme. Ahli Futuris telah mengamal dalam semua bidang seni; termasuklah lukisan, pahatan, tembikan, rekabentuk grafik, rekabentuk industri, rekabentuk dalaman, rekabentuk bandar, teater, filem, fesyen, tekstil, kesusasteraan, muzik, seni bina, dan juga masakan.
Sehingga satu tahap, Futurisme mempengaruh gerakan seni Art Deco, Construktivisme, Surrealisme, dan Dada, dan ke tahap lebih besar, Presisionisme, Rayonisme, dan Vortisisme