Gandum | |
---|---|
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
Divisi: | |
Kelas: | |
Order: | |
Keluarga: | |
Genus: | Triticum |
Spesies | |
T. aestivum
T. aethiopicum
T. araraticum
T. boeoticum
T. carthlicum
T. compactum
T. dicoccoides
T. dicoccon
T. durum
T. ispahanicum
T. karamyschevii
T. macha
T. militinae
T. monococcum
T. polonicum
T. spelta
T. sphaerococcum
T. timopheevii
T. turanicum
T. turgidum
T. urartu
T. vavilovii
T. zhukovskyi
Rujukan: |
Gandum (Jawi: ݢندوم ) atau terigu (Jawi: تريڬو, serapan Portugis: trigo )[1][2] tergolong dalam famili rumputan Poaceae merangkumi banyak spesies dalam genus Triticum spp.; tanaman ini diusahakan untuk mendapatkan biji benih yang dimanfaatkan sebagai makanan ruji di seluruh dunia[3][4][5] terutamanya spesies Triticum aestivum. Ia makanan ruji kedua terbesar ditanam selepas jagung[6][7] dengan pengeluaran sebanyak 772 juta tan metrik pada tahun 2017 mengunjurkan jumlah hasil dijangka meningkat kepada 766 juta tan metrik pada dua tahun akan datang.[6]
Ia merupakan sumber karbohidrat utama[8] yang didatangkan dari bahagian isi benih yang dikisar menjadi tepung manakala selebihnya boleh dipisahkan dari sekamnya untuk mendapatkan bran; keseluruhan biji gandum kaya dengan serat makanan dan nutrien.[8] Gandum juga ditanam khusus untuk tanaman ragut bagi ternakan dan untuk menghasilkan jerami.
Perhaps the simplest of fruits are those of grasses (all cereals such as corn and wheat)...These fruits are caryopses.