Gautama Buddha

Urutan Dashavatara
Didahului olehKrishna
Buddha berdiri, kawasan Gandhara silam, utara Pakistan, abad ke-1, Musée Guimet.

Gautama Buddha ; Jawi: ݢاوتاما بودا (kk 1944 SM-kk 1884 SM) adalah adalah penjelmaan kesembilan dan terakhir yang diramalkan dari dewa hindu Vishnu. Beliau juga seorang ahli fikir dari India dan juga pengasas agama Buddha; lahir di Kapilavastu yang kini terletak di negara Nepal. Beliau adalah anak kepada ketua kasta pahlawan Sakya dan dikenali sebagai Siddhartha pada masa mudanya dan kemudiannya sebagai Sakyamuni, iaitu Orang Bijaksana Sakya. Panggilan "Gautama Buddha" sebenarnya merupakan kombinasi nama keluarganya, "Gautama" dengan perkataan 'Buddha', iaitu, orang yang telah mencapai penerangan sempurna.

Menurut semua aliran agama Buddha, pengasas Buddha ialah Siddhārtha (Sanskrit) atau Siddhattha (Pāli) Gautama (Pāli: Gotama) yang dilahirkan di hutan kecil Lumbinī yang berdekatan dengan pekan Kapilavastu (Pāli: Kapilavatthu), iaitu ibu kota kerajaan Śākyas (Pāli: Sakyas). Lumbinī terletak di selatan Nepal. Kedudukan ini dicatatkan pada tiang Raja Aśoka.

Ayah Siddhārtha ialah Śuddhodana (Pāli: Suddhodana), iaitu ketua Śākyas. Ibu Buddha meninggal dunia selepas 7 hari Buddha dilahirkan. Peramal Asita meramalkan bahawa Siddhārtha akan menjadi raja yang unggul atau orang yang suci. Ayahnya telah cuba memastikan Siddhārtha tidak dapat melihat kehidupan manusia yang sebenar di luar tempat tinggal mereka kerana ramalan Asita. Baginda menganggap dengan pemerhatian Siddhārtha terhadap kesengsaraan manusia dan alam semesta mungkin menyebabkannya menjadi sami. Walau bagaimanapun, Siddhārtha telah mendapati bahawa setiap orang akan menyambut kelahiran, kesakitan, kelanjutan usia, dan kematian selepas melihat seorang tua, sakit, mayat dan seorang sihat apabila baginda berumur 29 tahun. Baginda mengambil keputusan untuk menjadi sami untuk mencari penyelesaian untuk kesengsaraan dalam kehidupan manusia.

Siddhārtha cuba belajar daripada dua orang Brahmin. Baginda berjaya mencapai tahap yang tinggi dalam pertapaan tetapi masih tidap dapat mencari penyelesainya kesengsaraan dalam kehidupan manusia walaupun kemampuannya sudah melebihi guru. Baginda dan sekumpulan teman telah meninggalkan gurunya lalu cuba menyeksa diri. Selepas enam tahun, baginda hampir meninggal dunia akibat kelaparan tanpa sebarang kebaikan yang diperolehinya. Dia berhenti menyeksa diri dan menumpukan perhatiannya dalam pertapaan. Akhirnya, Siddhārtha menemui "Jalan Kesederhanaan", iaitu jalan yang tidak perlu menyeksa diri sendiri dan menyeksa orang lain. Untuk menguatkan badan, baginda menerima susu lembu yang dibekalkan oleh seorang penternak lembu yang melalui tempat itu. Seterusnya, baginda duduk di bawah pokok Bodhi lalu bersumpah dia tidak akan bangun sehingga menemui kebenaran. Baginda menjadi seorang Buddha apabila umurnya 35 tahun.


Gautama Buddha

Dodaje.pl - Ogłoszenia lokalne