Gelombang hijau

Dari atas, arah jam:
Penyokong Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menunaikan solat dalam sebuah masjid di Terengganu; Muhammad Sanusi Md Nor membuat "Tabik Hormat Sanusi" dengan penyokongnya di Johor; Peratusan pengundi etnik Melayu & Orang Asli dan Cina di kawasan parlimen Malaysia 2018; Penyokong Perikatan Nasional (PN) mengibarkan bendera mereka di hari penamaaan calon pada Pilihan raya negeri Malaysia 2023 di Lenggeng, Negeri Sembilan; Simbol PN dan PAS yang digunakan pada pilihan raya, dimana simbol PAS digunakan di Kelantan dan Terengganu manakala PN di negeri-negeri lain.

Gelombang Hijau (Jawi: ڬلومبڠ هيجاو), atau dikenali sebagai Tsunami Hijau (Jawi: تسونامي هيجاو), Gelombang / Tsunami Melayu (Jawi: ڬلومبڠ / تسونامي ملايو), Gelombang Rakyat (Jawi: ڬلومبڠ رعيت), alternatifnya sebagai Gelombang Perikatan Nasional (PN) (Jawi: ڬلومبڠ ڤريكتن ناسيونل), ialah fenomena politik yang berlaku di Malaysia sejak sekitar pilihan raya umum Malaysia 2022.[1][2][3] Fenomena politik ini terutamanya melibatkan pengundi konservatif Parti Islam Se-Malaysia (PAS), yang kebanyakannya berasal dari pantai timur dan pantai barat Semenanjung Malaysia. Secara ideologi, fenomena itu berkisar tentang perkembangan gerakan sayap kanan dan nasionalistik yang menyokong penguatan hegemoni Melayu–[[Orang Islam}Muslim]] dalam politik Malaysia.[1][2][3]

  1. ^ a b "Malaysia's 'Green Wave' Was a Long Time Coming". Fulcrum Singapore. 26 Januari 2023. Dicapai pada 21 Julai 2023.
  2. ^ a b "'Green wave' sweeps over voters". The Star. Dicapai pada 21 Julai 2023.
  3. ^ a b "Iman Research: PAS' 'green wave' long time coming, came from lack of Pakatan presence and winning over first-time voters". Malay Mail. 20 Januari 2023. Dicapai pada 21 Julai 2023.

Gelombang hijau

Dodaje.pl - Ogłoszenia lokalne