Gelombang jirim (Jawi: ڬلومبڠ جيريم ) merupakan pusat bagi teori mekanik kuantum, kerana ia adalah contoh keduaan gelombang-zarah. Semua jirim mampu menunjukkan sifat seakan gelombang. Sebagai contoh, suatu pancaran elektron boleh dibelaukan sebagaimana pancaran cahaya atau gelombang air. Konsep yang menyatakan bahawa jirim mempunyai sifat seakan gelombang turut dirujuk sebagai hipotesis de Broglie (/dəˈbrɔɪ/) kerana telah dicadangkan oleh Louis de Broglie pada tahun 1924.[1] Gelombang jirim dirujuk sebagai gelombang de Broglie.
Jarak gelombang de Broglie diistilahkan sebagai jarak gelombang, λ, bagi sesuatu zarah masif berkadar songsang dengan momentumnya, p, dengan pemalar Planck, h: