Jeneral Angkatan Tentera Amerika Syarikat General of the Armies of the United States | ||
| ||
Negara | Amerika Syarikat | |
Cabang perkhidmatan | Tentera Darat A.S. | |
Kumpulan pangkat | Pegawai jeneral | |
Pangkat | Enam bintang | |
Diperkenalkan | 3 September 1919 | |
Pangkat tinggi seterusnya | Tiada | |
Pangkat rendah seterusnya | General of the Army | |
Persamaan pangkat | Admiral of the Navy |
Jeneral Angkatan Tentera Amerika Syarikat (General of the Armies of the United States), atau kebiasaannya dirujuk sebagai General of the Armies (Ketua Jeneral), ialah pangkat tentera tertinggi di Amerika Syarikat. Pangkat ini telah dianugerahkan sebanyak tiga kali: kepada John J. Pershing pada tahun 1919, sebagai pengiktirafan peribadi kerana memimpin Angkatan Ekspedisi Amerika semasa Perang Dunia I; kepada George Washington pada tahun 1976, sebagai penghormatan anumerta semasa sambutan Ulang tahun ke-200 Amerika Syarikat; dan secara anumerta kepada Ulysses S. Grant pada tahun 2024.
Gred ini kadangkala diterangkan sebagai jeneral enam bintang, lebih tinggi daripada gred lima bintang General of the Army, namun tiada lencana enam bintang pernah dicipta secara rasmi dan Pershing, satu-satunya orang yang menjadi General of the Armies semasa hidupnya, tidak pernah memakai lebih daripada empat bintang.[1] Sama ada gred Pershing patut berada di pangkat empat, lima, atau enam bintang telah menjadi subjek perdebatan sejak gred lima bintang diwujudkan pada tahun 1944.[2] Bagi menjadikan Washington sebagai pegawai tentera paling tinggi pada tahun 1976, Kongres menjelaskan bahawa gred baru General of the Armies berada di atas semua gred jeneral, sama ada zaman dahulu atau sekarang,[3] manakala undang-undang meluluskan kenaikkan pangkat Grant yang menjadikan pangkatnya setara dengan pangkat Pershing.
Pangkat General of the Armies menikmati beberapa keistimewaan yang tidak diberikan kepada jeneral lain, termasuk gaji yang jauh lebih tinggi dan hak untuk bersara dengan gaji dan elaun penuh. Walaupun dalam persaraan, Pershing—satu-satunya orang yang masih hidup dengan pangkat itu—adalah pegawai kedua dengan gaji tertinggi dalam kerajaan persekutuan, hanya selepas Presiden Amerika Syarikat.[4]
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama HJRes519
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama PL_94-479
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Post-Gazette_1931-03-23