Geografi manusia merupakan cabang geografi yang mencakupi aspek gejala di permukaan Bumi, yang mengambil manusia sebagai pusat kajian. Pengambilan manusia sebagai pusat kajian meliputi aspek kependudukan, dan aspek aktiviti manusia. Aspek-aspek ini meliputi aktiviti ekonomi, politik, sosial dan budaya.[1] Hal ini berbeza dengan geografi fizikal yang lebih cenderung kepada landskap. Akan tetapi, geografi manusia menggunakan peta dan grafik lain yang dihasilkan dari geografi fizikal dan teknikal dalam penelitian dan analisis, serta mengabungkan tema-tema dalam geografi fizikal yang mempercepat perkerjaannya.[2]
Geografi manusia merupakan bidang yang sangat luas yang meliputi pelbagai macam subdisiplin. Sejumlah bidang yang termasuk di dalamnya ialah pertanian, tingkah laku, budaya, ekonomi, sejarah, industri, politik, populasi, perihal sosial dan pengangkutan. Dalam semua subdisiplin tersebut, terdapat tiga pendekatan umum untuk dipelajari, iaitu analisis ruangan, keterkaitan antara kawasan, dan pembentukan petempatan dalam pelbagai bentuk. Pada dasarnya, seorang ahli geografi manusia mengajukan pertanyaan "di mana" dan "kenapa" berkenaan aktiviti manusia.[2]