Glob

Glob Baroque
Glob yang pernah digunakan oleh ahli pelayaran Perancis

Glob (Latin: globus "bola kecil; kepalan, gumpal[an]"[1]) ialah model kecil 3 matra sebuah Bumi atau jasad cakerawalan berbentuk sfera lain. Ia berbentuk sfera atau menyerupai bentuk bola yang bulat. Biasanya glob diletakkan pada sebuah paksi yang condong meniru keadaan bumi berpusing sendiri sambil beredar mengelilingi matahari.

Glob mula digambarkan Plinius yang Tua dalam Naturalis Historia:[2]

Orbem certe dicimus terrae globumque verticibus includi fatemur. Neque enim absoluti orbis est forma in tanta montium excelsitate, tanta camporum planitie, sed cuius amplexus, si cuncta liniarum comprehendantur ambitu, figuram absoluti orbis efficiat...mundus in centrum vergit, at terra exit a centro, inmensum eius globum in formam orbis adsidua circa eam mundi [coeli] volubilitate cogente.
("Kita jelas berkata raga bumi tergumpal berkutub di kededua hujungnya. Gunung-gunung tinggi dan lembah-lembah luasnya tidak membentuk keliling bulatan penuh, tetapi semua titik-titik yang dihubungkan akan membentuk lilitan membulat...seluruh langit bertemu di pusatnya dan bumi keluar dari pusatnya, pusingan tanpa henti langit-langit atasnya ini memaksa bentuk gumpalan ini di kepada sebuah raga yang luas terbentang.)

Secara perbandingan, keadaan glob dengan bumi sebenar tidaklah sama. Permukaan glob agak rata, tidak ada gunung-ganang dan lautan serta jurang. Permukaan glob dipenuhi maklumat bertulis sama ada dalam bentuk teks, simbol dan warna berbeza. Di atas glob juga dilukis garisan ilusi iaitu latitud dan longitud. Saiz glob juga berbeza-beza dan cantik untuk dijadikan hiasan dan cenderahati kepada peminat geografi.

Ada juga glob yang menunjukkan keadaan topografi, ketinggian sesuatu tempat tetapi masih dianggap rata, tidak herot-berot sebagaimana bumi sebenar.

Nisbah antara glob dengan bumi ialah 1:40 juta.

  1. ^ "glŏbus". K. Prent, J. Adisubrata, W. J. S. Poerwadarminta (1969). Kamus Latin-Indonesia. Jogjakarta: Penerbitan Jajasan Kanisius. m/s. 368.
  2. ^ Naturalis Historia, buku II bab LXIV

Glob

Dodaje.pl - Ogłoszenia lokalne