Golok | |
---|---|
Jenis | Parang |
Tempat asal | Indonesia |
Spesifikasi | |
Panjang | 25-40 sm |
Jenis bilah | Tunggal cembung |
Jenis hulu | Tanduk kerbau, kayu |
Sarungan/sarung | Tanduk kerbau, kayu |
Golok atau gulok (Jawi: ݢولوق ) ialah sejenis alat memotong serupa parang yang didapati meluas serata rantau Nusantara.[1] Ia paling lazim digunakan dalam kalangan suku-suku Betawi dan Sunda, namun ia juga diketahui dlam kalangan orang suku Jawa[2][3] dan suku Melayu.
Penggunaan senjata ini pernah dicatat seawal dalam manuskrip Sulalatus Salatin (1612)[4] dan Hikayat Hang Tuah[5] (sekitar tahun 1700).[6]