Grup ialah sebuah unit penerbangan tentera, komponen sebuah organisasi tentera dan sebuah formasi tentera. Istilah Grup dan Wing berbeza dengan banyaknya dari satu negara ke negara yang lain, dan juga berlainan antara cawangan angkatan pertahanan negara.
Grup udara berbeza-beza dari segi saiz dan status, tetapi secara umumnya mempunyai dua bentuk.
- Sebuah unit yang terdiri dari dua hingga empat skuadron, diperintah oleh Leftenan Kolonel, Kolonel, Komander, Kepten atau pangkat setaraf. Tentera Udara Amerika Syarikat (USAF), group Armée de l'air Perancis, gruppen Luftwaffe Jerman, Kor Udara Marin Amerika Syarikat,[1] Pasukan Udara Armada British dan beberapa pasukan udara tentera laut yang lain biasanya mengikuti pola ini.
- Sebuah formasi yang lebih besar, selalunya mengandungi lebih 10 skuadron, diperintah oleh Mejar Jeneral, Brigedier Jeneral, Komodor, Laksamana Muda, Komodor Udara atau Marsyal Madya Udara. Kebanyakan tentera udara Negara-Negara Komanwel, seperti Tentera Udara Diraja British (RAF), mengikuti pola ini. Dalam kes tersebut, Grup adalah bersamaan dengan Wing AS, geschwader Jerman atau escadron Perancis.