Guangxi
广西 Kwangsi | ||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Wilayah Autonomi Guangxi Zhuang Wilayah Autonomi Kwangsi Chuang | ||||||||
Transkripsi Cina | ||||||||
• Pinyin | Guǎngxī zhuàngzú zìzhìqū | |||||||
• Jyutping | Gwong2 sai1 Zong3 zuk6 Zi6 zi6 keoi1 | |||||||
• Singkatan | 桂 (Guì; Gwai3) | |||||||
Transkripsi Zhuang | ||||||||
• Bahasa Zhuang Baku | Gvangjsih Bouxcuengh Swcigih | |||||||
• Singkatan | Gvei | |||||||
| ||||||||
Negara | China | |||||||
Dinamakan bersempena |
| |||||||
Pusat | Nanning | |||||||
Bahagian | 14 provinsi, 109 daerah, 1396 perbandaran | |||||||
Pentadbiran | ||||||||
• Sertiausaha PKC | Liu Ning | |||||||
• Pengerusi Kongres | Liu Ning | |||||||
• Pengerusi Kerajaan | Lan Tianli | |||||||
• Pengerusi PPPRC | Sun Dawei | |||||||
Keluasan | ||||||||
• Jumlah | 237,600 km2 (91,700 batu persegi) | |||||||
• Pemeringkatan | ke-9 | |||||||
Aras tertinggi | 2,141 m (7,024 ft) | |||||||
Penduduk (2020)[1] | ||||||||
• Jumlah | 50,126,804 | |||||||
• Pemeringkatan | ke-11 | |||||||
• Kepadatan | 210/km2 (550/batu persegi) | |||||||
• Pemeringkatan | ke-20 | |||||||
Demografi | ||||||||
• Komposisi etnik | ||||||||
• Bahasa dan dialek | Zhuang, Bahasa Yue (terutamanya Kantonis), Mandarin Barat Daya, Pinghua | |||||||
Kod ISO 3166 | CN-GX | |||||||
KDNK (2023)[2] | CN¥ 2,720 bilion (ke-19)
US$ 386 bilion | |||||||
KDNK per kapita | CN¥ 54,005 (ke-29)
US$ 7,664 | |||||||
KDNK per pertumbuhan | ▲ 4.1% | |||||||
HDI (2019) | ▲ 0.728[3] high · ke-25 | |||||||
Laman sesawang | (dalam bahasa Cina) Guangxi Zhuang Autonomous Region |
Guangxi, secara rasminya Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi (Cina Ringkas: 广西壮族自治区 ; Cina Tradisional: 廣西壯族自治區 ; pinyin: Guǎngxī Zhuàngzú Zìzhìqū), ialah sebuah kawasan autonomi Republik Rakyat China yang majoriti penduduknya berbangsa Zhuang.
Kedudukannya di China selatan, sepanjang sempadannya dengan Vietnam dan rupa bumi bergunung-ganang, menjadikannya salah satu sempadan tamadun China. Sehingga abad ke-20 pun Guangxi masih dianggap kawasan yang luas dan berhutan. "Guang" dalam nama Guangxi bererti "luas", oleh itu sering dikaitkan dengan rantau berkenaan sejak wujudnya Wilayah Guang pada tahun 226 M. Guangxi dikurniakan taraf wilayah pada zaman Dinasti Yuan, sebelum dijadikan salah satu daripada lima kawasan autonomi kaum minoriti China pada tahun 1949.
Singkatan wilayah ini berbunyi 桂 (Gui), yang berasal dari nama Guilin, iaitu bekas pusat pentadbiran Guangxi yang masih memainkan peranan sebagai pusat kebudayaan, politik, dan sejarah kawasan ini, di samping merupakan sebuah bandar raya utama.