Gurun Gobi (Говь ) | |
Gurun | |
Lanskap Gurun Gobi di Wilayah Ömnögovi, Mongolia
| |
Negara-negara | Mongolia, Republik Rakyat China |
---|---|
Aimag di Mongolia | Bayankhongor, Dornogovi, Dundgovi, Govi-Altai, Govisümber, Ömnögovi, Sükhbaatar |
Kawasan di China | Mongolia Dalam |
Julat | Pergunungan Govi-Altai |
Mercu tanda | Lembangan Nemegt |
Panjang | 1,500 km (932 mi), SE/NW |
Lebar | 800 km (497 mi), N/S |
Kawasan | 1,295,000 km2 (500,002 sq mi) |
The Gobi Desert terletak dalam wilayah Republik Rakyat China dan Mongolia.
|
Gurun Gobi (Bahasa Mongolia: [Говь, Govi] Error: {{Lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan), "separa gurun"; Cina: 戈壁(沙漠) Gēbì (Shāmò)) ialah sebuah kawasan gurun yang besar di Asia, yang meliputi bahagian-bahagian utara dan barat laut China, dan selatan Mongolia. Lembangan-lembangan gurun Gobi bersempadan dengan Pergunungan Altai serta padang rumput dan steppe Mongolia di utara, Koridor Hexi dan Penara Tibet di barat daya, dan Dataran China Utara di tenggara. Gurun Gobi terdiri daripada berbagai-bagai kawasan ekologi dan geografi yang berasaskan variasi iklim dan topografi. Gurun ini adalah yang kelima terbesar di dunia.
Gurung Gobi terkenal sekali dalam sejarah sebagai sebahagian wilayah taklukan Empayar Mongol yang hebat, serta tempat terletaknya kota-kota terpenting sepanjang Laluan Sutera. Gobi ialah sebuah gurun lindung hujan yang terbentuk oleh banjaran Himalaya yang menghalang awan pembawa hujan daripada melanda Gobi.