HTML

HTML
(HyperText Markup Language)
Sambungan fail:
  • .html
  • .htm
Jenis media Internet:text/html
Kod jenis:TEXT
Pengecam Jenis Seragam:public.html
Jenis format:Format fail dokumen
Bekas untuk:Unsur HTML
Dikandungi oleh:Pelayar web
Diperluas daripada:SGML
Diperluas kepada:XHTML

Bahasa Penanda Hiperteks (bahasa Inggeris: Hypertext Markup Language, singkatan: HTML) ialah bahasa penanda utama digunakan dalam pembinaan laman web. Ia menyediakan cara menghasilkan dokumen berstruktur dengan menandakan semantik struktur teks seperti tajuk, perenggan, senarai, pautan, petikan dan sebagainya selain juga membolehkan pembenaman imej dan objek serta boleh digunakan untuk menghasilkan borang interaktif.

Sesebuah laman HTML ditulis dalam bentuk unsur HTML yang terdiri daripada "tag" yang diapit oleh kurungan sudur dalam kandungan laman web, tetapi juga boleh diisi atau memuat skrip-skrip dalam bahasa-bahasa pengaturcaraan seperti JavaScript yang mempengaruhi kelakuan pemproses HTML seperti pelayar web; dan HKL (CSS) bagi menentukan penampilan dan susun atur teks dan bahan-bahan lain. Pertubuhan W3C selaku penyelenggara piawaian HTML dan CSS, menggalakkan penggunaan CSS daripada mana-mana penanda persembahan yang lain.[1]

HTML ialah skim pengekodan yang digunakan untuk menghasilkan dan memformatkan sebuah dokumen web. Sambungan fail bagi HTML adalah .htm atau .html.


HTML

Dodaje.pl - Ogłoszenia lokalne