Hadiah Nobel dalam Kimia

Hadiah Nobel dalam Kimia
هديه نوبيل دالم كيميا
JenisHadiah Nobel Sunting nilai ini di Wikidata
PeneranganSumbangan ketara kepada sektor kimia
LokasiStockholm, Sweden
NegaraSweden Sunting nilai ini di Wikidata
Disampaikan olehAkademi Sains Diraja Sweden
Ganjaran9 juta SEK (2017)[1]
Kali pertama1901
Kini dipegang olehFrances Arnold, George P. Smith dan Gregory Winter (2018)
Anugerah terbanyakFrederick Sanger (2)
Tapak web
nobelprize.org
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Hadiah Nobel dalam Kimia (Svensk: Nobelpriset i kemi, bahasa Inggeris: Nobel Prize in Chemistry) ialah anugerah tahunan yang dikurniakan oleh Akademi Sains Diraja Sweden kepada ahli-ahli sains yang menceburi pelbagai bidang kimia. Hadiah ini merupakan salah satu daripada lima Hadiah Nobel tahunan yang ditubuhkan mengikut wasiat Alfred Nobel pada 1895, untuk dihadiahkan kepada penyumbang cemerlang dalam bidang kimia, fizik, sastera, keamanan, dan fisiologi atau perubatan. Anugerah ini ditadbir oleh Yayasan Nobel dan dihadiahkan oleh sebuah Jawatankuasa Nobel yang terdiri daripada lima ahli yang dilantik oleh Akademi Sains Diraja Sweden. Hadiah Nobel dalam Kimia pertama dianugerahkan kepada Jacobus Henricus van 't Hoff dari Belanda pada tahun 1901, "kerana penemuan hukum-hukum dinamik kimia dan tekanan osmosis dalam larutan". Anugerah ini disampaikan di majlis tahunan di kota Stockholm pada setiap 10 Disember, iaitu ulang tahun pemergian Nobel.

  1. ^ "Nobel Prize amount is raised by SEK 1 million". Nobelprize.org.

Hadiah Nobel dalam Kimia

Dodaje.pl - Ogłoszenia lokalne