Hadiah Sakharov

Hadiah Sakharov untuk Kebebasan Berfikir
Upacara penganugerahan 1990 kepada Aung San Suu Kyi dalam Parlimen Strasbourg pada tahun 2013.
Nama asliSakharov Prize for Freedom of Thought (en) Sunting nilai ini di Wikidata
JenisHuman rights award (en) Terjemah Sunting nilai ini di Wikidata
NegaraKesatuan Eropah dan Perancis Sunting nilai ini di Wikidata
Disampaikan olehParlimen Eropah
Ganjaran€50,000[1]
Kali pertama1988
Kini dipegang olehOleg Sentsov
Tapak web
Official website
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Hadiah Sakharov untuk Kebebasan Berfikir, atau lebih dikenali sebagai Hadiah Sakharov, menghargai individu dan kumpulan orang yang telah mendedikasikan hidup mereka untuk mempertahankan hak asasi manusia dan kebebasan berfikir.[2] Dinamakan semperna nama seorang saintis dan pembangkang Rusia, Andrei Sakharov, hadiah ini diperkenalkan pada Disember 1988 oleh Parlimen Eropah.[2] Satu senarai pendek pencalonan dikeluarkan setiap tahun oleh Jawatankuasa Hal Ehwal Luar dan Jawatankuasa Pembangunan, dengan pemenang diumumkan pada bulan Oktober.[1] Hadiah turut disertakan dengan wang tunai sebanyak €50,000.[1] Hadiah pertama diberikan kepada Nelson Mandela (Afrika Selatan) dan dari Rusia Anatoly Marchenko. Pada tahun 1990 pula, hadiah diberikan kepada Aung San Suu Kyi, namun beliau hanya dapat menerima hadiah tersebut pada tahun 2013 akibat pemeranjaan beliau di Burma.[3] Selain individu, hadiah turut pernah diberikan kepada organisasi dan Mothers of the Plaza de Mayo dari Argentina telah memenangi pada tahun 1992. Tiga orang penerima Sakharov turut menerima Hadiah Keamanan Nobel iaitu Nelson Mandela, Aung San Suu Kyi, dan Malala Yousafzai.[4] Razan Zaitouneh yang menerima hadiah ini pada tahun 2011 telah diculik pada tahun 2013 dan masih belum ditemui.[5]

Pada tahun 2017, Hadiah Sakharov diberikan kepada Pembangkang Demokratik di Venezuela. Presiden Parlimen Eropah, Antonio Tajani menyatakan hadiah ini mengesahkan sokongan Kesatuan Eropah yang "tidak berbelah bahagi kepada perhimpunan kebangsaan Venezuela yang dipilih secara demokratik" akan menyeru "peralihan damai kepada demokrasi yang rakyat Venezuela mahukan."[6] Hadiah itu dilihat sebagai memberi ganjaran kepada "keberanian aktivis pelajar dan penunjuk perasaan dalam menghadapi penindasan oleh kerajaan Nicolas Maduro".[7]

  1. ^ a b c "Sakharov Prize". European Parliament. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 September 2017. Dicapai pada 29 October 2017. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  2. ^ a b "1986: Sakharov comes in from the cold". BBC News. 23 December 1986. Dicapai pada 21 October 2010.
  3. ^ Cook, Annabel (22 October 2013). "Aung San Suu Kyi collects Sakharov prize 23 years on". Financial Times. Dicapai pada 27 October 2017.
  4. ^ Boshnaq, Mona; Chan, Sewell; Dremeaux, Lillie; Karasz, Palko; Kruhly, Madeleine. "Nobel Peace Prize Winners Throughout History". The New York Times.
  5. ^ "Razan Zaitouneh". European Parliament. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-10-28. Dicapai pada 27 October 2017.
  6. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama latest
  7. ^ "Venezuela's opposition awarded Sakharov Prize for championing human rights". The Independent. 26 October 2017. Dicapai pada 28 October 2017.

Hadiah Sakharov

Dodaje.pl - Ogłoszenia lokalne