Hak mengundi

Hak mengundi (Mal., Sin.) atau hak pilih (Ind., bahasa Inggeris: suffrage) ditakrifkan sebagai hak sesebuah masyarakat untuk mengundi dalam suatu pilihan raya politik yang umum.[1][2][3]

Hak bertanding untuk sesebuah jawatan kadangkalanya dikenali sebagai "kelayakan calon" (candidate eligibility) manakala gabungan kedua-dua hak mengundi dan bertanding ini dikenali sebagai "hak mengundi penuh" (full suffrage).[4]

Hak mengundi sering diwujudkan daripada pemilihan wakil. Walau bagaimanapun, hak mengundi dipakai secara sama ratanya dalam pungutan suara dan inisiatif. Hak ini tidak hanya menggambarkan hak untuk mengundi di sisi undang-undang tetapi juga persoalan sama ada suatu usul akan dimasukkan dalam sesuatu undian. Penggunaan hak mengundi ini dikurangkan apabila persoalan-persoalan penting diputuskan secara sepihaknya oleh wakil yang diundi atau tidak diundi.

Dalam kebanyakan demokrasi, pengundi yang layak boleh mengundi untuk memilih wakil mereka. Undian dalam isu-isu tertentu mungkin juga boleh disediakan. Semua peringkat pemerintah di Switzerland, pada misalnya, membenarkan cara pemilihan ini. Beberapa (tetapi bukan semua) negeri Amerika Syarikat seperti California and Washington telah melaksanakan kedaulatan bersama (shared sovereignty) masing-masing untuk menawarkan peluang kepada warga-warganya menulis, mengusulkan dan mengundi dalam pungutan suara dan inisiatif tertentu. Pemerintah Amerika Syarikat tidak menawarkan sebarang inisiatif ini secara langsung dalam peringkat persekutuannya.

Hak mengundi diberikan kepada rakyat yang layak apabila mencapai umur layak mengundi. Perkara yang melayakkan rakyat bergantung pada keputusan pemerintah. Penduduk bukan warga sesuatu negara boleh mengundi di beberapa negara yang mungkin dihadkan untuk negara yang saling berkait rapat (misalnya warga-warga Alam Komanwel dan Kesatuan Eropah).[5]

  1. ^ Houghton Mifflin Harcourt Publishing Company. "American Heritage Dictionary Entry: suffrage". Dicapai pada 28 Julai 2015.
  2. ^ "Definition of "suffrage" – Collins English Dictionary". Dicapai pada 28 Julai 2015.
  3. ^ "suffrage – definition of suffrage in English from the Oxford dictionary". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-12-25. Dicapai pada 28 Julai 2015.
  4. ^ ">> social sciences >> Women's Suffrage Movement". glbtq. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Jun 2015. Dicapai pada 21 Jun 2013. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  5. ^ Lihat rujukan berikut sebagai contoh: "Who is eligible to vote at a UK general election?". The Electoral Commission;"Can I vote?". European Parliament Information Office in the United Kingdom; "Why Can Commonwealth Citizens Vote in the U.K.? An Expat Asks". The Wall Street Journal. 27 April 2015. Dicapai pada 9 Februari 2016.

Hak mengundi

Dodaje.pl - Ogłoszenia lokalne