Halal


Restoran Cina halal di Johor, Malaysia.

Halal (Jawi: حلال serapan Arab: حَلَال, rumi: ḥalāl terbitan kata kerja حَلَّلَḥallala "mengizinkan, membenarkan"[1]) ialah salah satu daripada hukum Islam.

Halal ialah sesuatu perkara, benda, atau perbuatan yang diizinkan dan dibolehkan. Sebagai contohnya, berjalan, tidur, meniduri isteri, makan haiwan yang telah disembelih dengan nama Allah.

Istilah ini dalam kosakata sehari-hari lebih sering digunakan untuk merujuk kepada makanan dan minuman yang diizinkan untuk dijualbeli menurut Islam.

Sedangkan dalam konteks yang lebih luas istilah halal merujuk kepada segala sesuatu yang diizinkan menurut hukum Islam (aktiviti, tingkah laku, cara berpakaian dll).

Lawan halal ialah haram.

  1. ^ Abd. Rauf Dato' Haji Hassan; Abdul Halim Salleh; Khairul Amin Mohd Zain (2005). Kamus Bahasa Melayu-Bahasa Arab Bahasa Arab-Bahasa Melayu. Shah Alam: Oxford Fajar. m/s. 110. ISBN 967-65-7321-3.

Halal

Dodaje.pl - Ogłoszenia lokalne