Sebahagian daripada siri berkaitan |
Islam |
---|
Ḥanīf (Arab: حنيف , jamak ḥunafā' حنفاء) ialah perkataan Arab yang merujuk kepada agama tauhid pra Islam yang bukan Yahudi atau Kristian.[1] Atau lebih spesifiknya merujuk kepada bangsa Arab pra Islam sewaktu yakni pada zaman Jahiliyah (الجهل). Golongan yang mengikuti akidah tauhid Hanif ini merupakan golongan yang menolak syirik dan penyembahan kepada banyak tuhan selain Allah. Dalam pandangan Islam, Hanif merupakan suatu kesinambungan pengangan tauhid bagi Nabi Ibrahim a.s.[1] Namun begitu kebanyakan ilmuan agama Yahudi dan Kristian masih bertelingkar mengenai status agama tauhid Nabi Ibrahim sehinggalah ke hari ini.[2]