Hari Batuk Kering Sedunia | |
---|---|
Observed by | Semua Negara Anggota PBB |
Date | 24 Mac |
Frequency | tahunan |
Hari Batuk Kering Sedunia atau Hari Tuberkulosis Sedunia, disambut pada 24 Mac setiap tahun, direka untuk meningkatkan kesedaran awam tentang wabak global tuberkulosis (TB) dan usaha membasmi penyakit ini. Pada tahun 2012, 8.6 juta orang jatuh sakit dengan TB, dan 1.3 juta mati daripada penyakit ini, kebanyakannya di negara berpendapatan rendah dan pertengahan.[1]
Hari TB Sedunia ialah salah satu daripada lapan kempen kesihatan awam sejagat rasmi yang ditandakan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), bersama dengan Hari Kesihatan Sedunia, Hari Penderma Darah Sedunia, Minggu Pengimunan Sedunia, Hari Malaria Sedunia, Hari Tiada Tembakau Sedunia, Hari Hepatitis Sedunia dan Hari AIDS Sedunia.[2]