Hari Columbus ialah ulang tahun ketibaan Christopher Columbus ke benua Amerika Selatan. Di Amerika Latin hari ini dikenali sebagai Día de la Raza atau Hari Ras day of the race, untuk memperingati pertemuan pertama orang Eropah dengan kaum asli Amerika yang menghasilkan ras, budaya dan identiti baru iaitu kaum Mestizo. Hari ini mula diraikan di Argentina pada 1917, Venezuela pada 1921, Chile pada 1923, dan Mexico pada 1928. Hari Día de la Raza juga adalah diraikan di Costa Rica, Ecuador dan Uruguay. Manakala di Amerika Utara, Hari Columbus atau Columbus Day adalah disambut di Amerika Syarikat.
Hari ini juga merupakan hari yang sedih bagi kaum asli di Amerika Selatan kerana ia adalah titik permulaan penghapusan etnik kaum asli di benua ini. Christopher Columbus dibenci oleh rakyat pribumi Amerika Selatan kerana beliau membawa sistem hamba abdi, encomienda dan juga memperkenalkan penyakit Eropah ke Amerika Latin.