Hassan Sheikh Mohamud حسن شيخ محمود | |
---|---|
Presiden Somalia ke-8 dan ke-10 | |
Menyandang jawatan 15 Mei 2022 | |
Perdana Menteri | Mohamed Hussein Roble |
Didahului oleh | Mohamed Abdullahi Mohamed |
Dalam jawatan 10 September 2012 – 16 Februari 2017 | |
Perdana Menteri | Abdiweli Mohamed Ali Abdi Farah Shirdon Abdiweli Sheikh Ahmed Omar Abdirashid Ali Sharmarke |
Didahului oleh | Mohamed Osman Jawari (pemangku) |
Digantikan oleh | Mohamed Abdullahi Mohamed |
Pemimpin Parti Kesatuan Damai dan Pembangunan | |
Menyandang jawatan 4 Oktober 2018 | |
Pemimpin Parti Damai dan Pembangunan | |
Dalam jawatan 20 April 2011 – 22 Disember 2016 | |
Didahului oleh | Jawatan ditubuhkan |
Digantikan oleh | Ahmed Ali |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Jalalaqsi, Wilayah Amanah Somaliland | 29 November 1955
Parti politik | Parti Damai dan Pembangunan (Sebelum 2016) Parti Kesatuan Damai dan Pembangunan (2018–kini) |
Pasangan | Sahro Xasan () Qamar Ali |
Pendidikan | Universiti Nasional Somalia Universiti Barkatullah |
Tandatangan | |
Hassan Sheikh Mohamud (Somali: Xasan Sheekh Maxamuud , Arab: حسن شيخ محمود ; lahir 29 November 1965) ialah seorang ahli politik Somaliayang kini berkhidmat sebagai presiden Somalia sejak Mei 2022.[1] Beliau ialah pengasas dan pengerusi bagi Parti Kesatuan Damai dan Pembangunan. Beliau juga terpilih sebagai Presiden Republik Persekutuan Somalia pada 15 Mei 2022, menewaskan presiden penyandang Mohamed Abdullahi Mohamed. Beliau sebelum ini pernah berkhidmat di jawatan sama pada 2012 hingga 2017. Seorang aktivis politik dan hak asasi rakyat, Hassan sebelum itu pernah menjadi profesor universiti dan dekan.[2]
Hassan dilahirkan di Jalalaqsi, sebuah pekan pertanian kecil yang terletak di tengah Hiran di Somalia, semasa fasa pemegangan amanah,[3][4] dan datang daripada latar belakang kelas pertengahan.[5] Hassan berkahwin dengan Qamar Ali Omar dan dikurniakan 9 orang anak.[6] Beliau boleh bertutur dalam Somali dan Inggeris.[7]