Himpunan Kebangkitan Rakyat 2013

Himpunan Kebangkitan Rakyat 2013 (HKR 112)
Tarikh12 Januari 2013
Lokasi
Matlamat
StatusBersurai
Tokoh dan pemimpin utama
Pemimpin Pakatan Rakyat
Anwar Ibrahim (PKR)
Abdul Hadi Awang (PAS)
Lim Kit Siang (DAP)
Korban
Tiada

Himpunan Kebangkitan Rakyat 2013 (singkatan, KL112 atau HKR112) ialah sebuah perhimpunan tunjuk perasaan yang diadakan di Kuala Lumpur, Malaysia pada 12 Januari 2013. Tunjuk perasaan ini dianjurkan oleh Pakatan Rakyat (PR) dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Malaysia, dengan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu sebagai ketua. Tempat utama yang dipilih untuk tunjuk perasaan ini adalah Stadium Merdeka di Kuala Lumpur, tempat pengisytiharan kemerdekaan negara ini pada 1957.

Tujuannya menonjolkan beberapa perkara yang dianggap mereka sebagai isu besar semasa: soal Lynas, penyenaraian FELDA, royalti minyak, tuntutan BERSIH serta isu rasuah dan penyelewengan. Ia juga sempena pilihan raya umum ke-13 yang semakin hampir.[1]

  1. ^ Nasrudin Hassan (10 Januari 2013). "Himpunan Kebangkitan Rakyat 2013 – Himpunan Sejuta Rakyat". HarakahDaily. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-01-13. Dicapai pada 13 Januari 2013.

Himpunan Kebangkitan Rakyat 2013

Dodaje.pl - Ogłoszenia lokalne