Rencana ini memerlukan kemas kini dalam Bahasa Melayu piawai Dewan Bahasa dan Pustaka. Silalah membantu. Anda boleh rujuk: Laman Perbincangannya • Dasar dan Garis Panduan Wikipedia • Manual Menyunting |
Horus | |||
---|---|---|---|
Nama dalam hieroglif |
| ||
Pusat kultus utama | Nekhen, Edfu[1] | ||
Simbol | Mata Horus | ||
Maklumat peribadi | |||
Ibu bapa | Osiris dan Isis | ||
Adik-beradik | Anubis,[a] Bastet | ||
Pasangan | Hathor | ||
Anak | Ihy |
Horus ialah dewa utama kepercayaan tamadun Mesir Purba khususnya mewakili kuasa raja, langit, bulan dan matahari[2] malah kerajaan Mesir itu sendiri. Dewa ini kononnya anak Isis dan Osiris.
Dewa ini disembah dari lewat zaman Mesir Prasejarah sampailah ke zaman-zaman dinasti Ptolemaik dan taklukan Romawi. Dia sering digambarkan berkepala falkon,[3] khususnya burung Falko Belalang.
Bentuk terawal yang tercatat mengenai Horus adalah dewa pengasuh dari Nekhen di Mesir Atas, yang merupakan tuhan nasional pertama yang diketahui, khususnya yang berkaitan dengan raja yang pada masa itu dianggap sebagai manifestasi Horus dalam kehidupan dan Osiris dalam kematian. Hubungan keluarga yang paling sering dijumpai menggambarkan Horus sebagai anak Isis dan Osiris, dan dia memainkan peranan penting dalam mitos Osiris sebagai pewaris Osiris dan pesaing Set, pembunuh Osiris. Dalam tradisi lain, Hathor dianggap sebagai ibunya dan kadang-kadang sebagai isterinya.[4] Horus berkhidmat pelbagai fungsi, terutamanya sebagai tuhan langit, perang dan memburu.
Ralat petik: Tag <ref>
wujud untuk kumpulan bernama "lower-alpha", tetapi tiada tag <references group="lower-alpha"/>
yang berpadanan disertakan