Rencana ini mengandungi senarai rujukan, bacaan berkaitan atau pautan luar, tetapi sumbernya masih tidak jelas kerana kekurangan petikan dalam baris. (November 2018) |
Rencana ini mungkin boleh dikembangkan melalui teks yang diterjemah daripada rencana yang sepadan dalam Wikipedia Bahasa Arab. (Dis 2023)
Klik [tunjuk] pada sebelah kanan untuk melihat maklumat penting sebelum menterjemahkan.
|
Ibn Battuta | |
---|---|
أبو عبد الله محمد بن عبد الله اللواتي الطنجي بن بطوطة | |
Kelahiran | 24 Februari 1304 |
Meninggal dunia | 1369 (umur 64–65) Maghribi Marinid |
Pekerjaan | Ahli geografi, penjelajah |
Era | Zaman pascaklasik |
ʾAbū ʿAbd al-Lāh Muḥammad ibn ʿAbd al-Lāh l-Lawātī ṭ-Ṭanǧī ibn Baṭūṭah (Arab: أبو عبد الله محمد بن عبد الله اللواتي الطنجي بن بطوطة ) (lahir 24 Februari 1304 – 1369) merupakan seorang Berber Maghribi dari golongan Muslim Sunni. Beliau merupakan cendekiawan dan ulama Mazhab Maliki, dan kadang-kalanya berkhidmat sebagai Qadi atau hakim. Walau bagaimanapun beliau tersohor sebagai penjelajah dan pengembara dan menulis mengenai pengembaraanya selama hampir 30 tahun merangkumi lebih kurang 117,000 km. Penjelajahannya meliputi daerah yang sekarang merupakan Afrika Barat hingga ke Pakistan, India, Maldives, Sri Lanka, Asia Tenggara dan China, jarak yang jauh lebih hebat dari Marco Polo yang hidup hampir seera dengan beliau.