Jagung | |
---|---|
Ilustrasi gambaran bunga-bunga jantan dan betina jagung | |
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
(tanpa pangkat): | |
(tanpa pangkat): | |
(tanpa pangkat): | |
(tanpa pangkat): | |
Order: | |
Keluarga: | |
Genus: | |
Spesies: | Z. mays
|
Nama binomial | |
Zea mays |
Jagung (Jawi: جاݢوڠ ; bahasa Inggeris: corn atau maize; nama botani: Zea mays ssp. mays) merupakan tanaman bijirin makanan ruji dari Mesoamerika. Tangkai daunnya menghasilkan jambak "bulu" debunga jantan dan bakal biji yang berasingan, lalu menghasilkan buah tongkol penuh biji yang besar menguning dan padat apabila disenyawakan.[1][2]
Jagung mula ditanam daripada teosinte (Zea mays ssp. parviglumis), tumbuhan asal di lembah sungai Balsas di selatan Mexico 10,000 tahun dahulu.[3][4] Sehingga 12% bahan genetik jagung didapati daripada Zea mays ssp. mexicana melalui introgresi. Istilah "teosinte" digunakan untuk menggambarkan semua spesies dalam genus Zea, kecuali Zea mays ssp. mays. Pendapat yang menyatakan bahawa genus Tripsacum yang berkait dengan asal tumbuhan jagung telah dinafikan dengan analisa genetik moden.
Tumbuhan ini, khususnya biji-biji tongkolnya, menjadi sumber makanan ruji ketiga utama manusia setelah gandum dan beras/padi.[5] Ia tidak sahaja menjadi sumber makanan langsung, tetapi ia juga menjadi bahan mentah produk lain seperti etanol dan tepung.[6]