Jambatan London | |
---|---|
London Bridge | |
Maklumat umum | |
Etimologi | London |
Membawa | A3 5 lorong |
Diselenggarakan oleh | Bridge House Estates (lihat Amanah Jambatan Bandaraya, Perbadanan Bandaraya London) |
Ciri-ciri | |
Reka bentuk | konkrit pra-tegasan jambatan galang kotak |
Bahan | Konkrit prategasan, konkrit diperkukuhkan |
Panjang keseluruhan () | 262 m (860 kaki) |
Lebar () | 32 m (107 kaki) |
Tinggi () | 16 m |
Rentangan terpanjang | 104 m (340 kaki) |
Kelegaan bawah () | 8.9 m (29 kaki) |
Sejarah | |
Mula dibina pada | 16 Mac 1973 |
Dibuka pada | 17 Mac 1973 |
Dirasmikan | 1973 |
Menggantikan | New London Bridge (en) |
Maklumat lokasi | |
Lokasi | Tengah London |
Negara | United Kingdom |
Menyeberangi | Sungai Thames |
Hulu sungai berikutnya | Cannon Street Railway Bridge (en) |
Hilir sungai berikutnya | Jambatan Menara |
51°30′29″N 0°05′16″W / 51.5081°N 0.0878°W | |
sunting · sunting di Wikidata |
Jambatan London adalah sebuah jambatan yang terletak di antara Bandaraya London dan Southwark di London, England yang merentasi Sungai Thames. Terletak di antara jambatan keretapi Jalan Cannon dan Jambatan Menara, ia membentuk penghujung Barat bagi Kolam London. Di bahagian selatan jambatan terdapat Gereja Besar Southwark dan Stesen Jambatan London manakala ke arah utara pula terdapat Monumen Kebakaran Besar London dan stesen tiub Monument. Ia merupakan satu-satunya jambatan yang merentasi Sungai Thames ke arah hilir Kingston sehingga Jambatan Westminster dibuka pada tahun 1750.
Jambatan ini merupakan sebahagian daripada jaringan jalan A3, yang diselenggara oleh Lembaga London Raya;[1] serta jambatan ini dimiliki dan diselenggara oleh Bridge House Estates, sebuah badan kebajikan bebas yang diuruskan oleh Perbadanan Bandaraya London.
Jambatan Menara sering kali disalah rujuk sebagai Jambatan London.[2] Kawasan di antara Jambatan London dan Jambatan Menara di selatan Sungai Thames diuruskan oleh London Bridge Business Improvement District (BID) Company.