Jambatan Pelabuhan Sydney

Jambatan Pelabuhan Sydney merupakan jambatan gerbang alur ("through arch bridge") besi yang merentasi Pelabuhan Sydney dan membawa trafik kereta api, kenderaan, basikal dan pejalan kaki antara kawasan pusat perniagaan Sydney dengan North Shore. Pandangan dramatik jambatan, pelabuhan dan Panggung Opera Sydney berdekatan merupakan imej ikonik bagi kedua-dua bandar Sydney dan Australia. Jambatan ini digelar "Penyangkuk Baju" kerana reka bentuk gerbangnya.[1]

Di bawah penyeliaan jurutera Dr J.J.C. Bradfield dari Jabatan Kerja Raya Awam NSW, jambatan ini direka dan dibina oleh syarikat Inggeris Dorman Long and Co Ltd dari Middlesbrough, dan dibuka pada 1932.[2] Menurut Guinness World Records, ia merupakan jambatan rentang terlebar di dunia.[3] Ia juga merupakan jambatan gerbang rentang kelima terpanjang di dunia, dan ia juga merupakan jambatan gerbang besi tertinggi, berukuran 134 meter (440 ka) dari puncak ke aras air.[4] Until 1967 the Harbour Bridge was Sydney's tallest structure.[perlu rujukan]

Sydney Harbour dari udara, menunjukkan Panggung Opera, CBD, Circular Quay, Jambatan, Sungai Parramatta, North Sydney dan Kirribilli di latar hadapan
  1. ^ "7BridgesWalk.com.au". Bridge History. Dicapai pada 23 October 2006.
  2. ^ "Dr J.J.C. Bradfield". Pylon Lookout: Sydney Harbour Bridge. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-08-12. Dicapai pada 18 December 2010.
  3. ^ Guinness World Records (2004): World Records — Widest long-span Bridge Archive copy from Internet Archive Wayback machine – note web page discontinued after July 2006
  4. ^ "Sydney Harbour Bridge". culture.gov.au. Australian Government. Dicapai pada 1 October 2010.

Jambatan Pelabuhan Sydney

Dodaje.pl - Ogłoszenia lokalne