Jane Austen | |
---|---|
Lahir | Steventon Rectory, Hampshire, England | 16 Disember 1775
Meninggal dunia | 18 Julai 1817 Winchester, Hampshire, England | (umur 41)
Tempat pengebumian | Winchester Cathedral, Hampshire, England |
Tempoh | 1787 hingga 1809–11 |
Genre | Romantik |
Tandatangan | |
Jane Austen (16 Disember 1775 – 18 Julai 1817) merupakan penulis novel Inggeris terkenal yang hasil karyanya dianggap sebagai sebahagian utama daripada daftar karya sastera Barat paling dijulang. Pemahamannya dalam kehidupan wanita dan kemahirannya dalam bentuk satira dan ironi bolehlah dikatakan menjadikannya sebagai penulis novel yang terkemuka dan berpengaruh pada zamannya.
Novel Austen masih dibaca secara meluas oleh orang biasa untuk hiburan. Pada hari ini, karyanya telah diajari di universiti dan merupakan salah satu perkara utama dalam penyelidikan terpelajar dan kritis. Beberapa karyanya yang beliau tidak dihabiskan juga telah diterbit, tetapi hanya untuk keluarganya yang masih hidup pada masa itu.