Dalam istilah kejuruteraan aerodinamik, kadar panjat (rate of climb) adalah kelajuan sesebuah pesawat udara menaikkan kadar altitud. Di Amerika Syarikat kebanyakan jurutera di sana menggunakan kaki per minit, singkatan kaki/min dalam menentukan kadar panjat. Di negara lain, ia biasanya dinyatakan dalam meter per minit, singkatan m/min.