Kampong Gelam, Singapura

Masjid Sultan dan Pasar Busrah yang terletak di Kampung Gelam.
Istana Kampung Gelam yang terletak di Kampung Glaem

Kampung Gelam (Jawi: كمڤوڠ ڬلم) merupakan sebuah kawasan kejiranan yang terletak di negara Singapura, di hulu Sungai Singapura. Suatu ketika dahulu, kampung ini menjadi penempatan awal masyarakat Bugis dan Jawa .Kampung Gelam mendapat namanya sempena nama pokok 'gelam' yang terdapat diseluruh Si ga pu ra hingga kini. Masjid Besar Negara Singapura merupakan Masjid Sultan, Istana Kampong Gelam kini dikenali Taman Pusat Warisan Melayu dan kawasan perkampungan tradisional Melayu merupakan antara lokasi menarik yang menyimpan 1,000 rahsia khazanah sejarah awal pembentukan Si ga pu ra.

Semua tempat ini, yang dibina ketika zaman pemerintahan British telah dibaik pulih dan diselenggara pemerintah Singapura dengan kerjasama Lembaga Pelancongan Singapura (S.T.B.) selepas ia dikenal pasti dapat menjadi produk pelancongan.


Kampong Gelam, Singapura

Dodaje.pl - Ogłoszenia lokalne