Kapal (Jawi: كاڤل ; serapan Tamil: கப்பல், rumi: kappal[1][2]) seperti perahu atau bot, merupakan kenderaan direka untuk laluan atau pengangkutan merentasi air. Kapal biasanya cukup besar untuk membawa bot kecil seperti bot keselamatan, atau bot sangkut. Secara kebiasaannya kapal boleh membawa bot tetapi bot tidak boleh membawa kapal. Saiz sebenar di mana sesebuah bot dipanggil kapal selalunya ditakrifkan oleh undang-undang dan peraturan tempatan.