Kapal angkasa lepas (Jawi: كاڤل اڠکاس لڤس ) ialah sejenis kenderaan atau mesin yang direka untuk penerbangan di angkasa lepas. Tujuannya pelbagai, antaranya komunikasi, pemantauan bumi, meteorologi, pandu arah, penjelajahan planet dan pengangkutan manusia dan kargo.
Ketika ini, hanya 24 negara memiliki teknologi penerbangan angkasa lepas: Rusia (Roscosmos, VKS), Amerika Syarikat (NASA, Tentera Udara A.S., SpaceX (syarikat swasta A.S.), negara anggota Agensi Angkasa Eropah, Republik Rakyat China (CNA), Jepun (JAXA) dan India (ISRO).