Sebahagian daripada siri politik |
Pengundian |
---|
Kawasan pilihan raya (Mal.), kawasan undi (Sin.[1]), daerah pemilihan (Ind.[2], bahasa Inggeris: constituency) adalah pembahagian wilayah untuk memilih ahli pembentuk badan perundangan. Secara umumnya, hanya pengundi (konstituen) yang bermastautin di daerah itu dibenarkan untuk mengundi dalam pilihan raya yang diadakan di sana. Dari sebuah daerah, seorang ahli atau beberapa ahli mungkin dipilih. Ahli mungkin dipilih oleh sistem pemenang undi terbanyak atau perwakilan berkadar, atau sistem pengundian lain. Ahli mungkin dipilih melalui pilihan raya secara langsung di bawah hak mengundi umum, pilihan raya tidak langsung, atau satu lagi bentuk hak mengundi.