Keganasan ialah penggunaan paksaan agar mencederakan atau mendera seseorang. Istilah ini secara umumnya memaksudkan pembinasaan akibat fenomena alam seperti ribut dan gempa bumi, tetapi lebih kerap menggambarkan tindakan mencederakan orang secara paksaan dan sengaja, serta pencelaan dan penderaan emosi terhadap orang. Peperangan merupakan keganasan teratur besar-besaran yang dilancarkan sesebuah negara terhadap negara lain. Negara-negara juga menghalalkan penggunaan kekerasan melalui kuasa polis untuk memastikan ketenteraman awam serta meluhuri kedaulatan undang-undang. Punca-punca sikap dan kelakuan ganas merupakan topik penting dalam bidang psikologi dan sosiologi.