Keju

Sepinggan penuh pelbagai aneka citarasa keju.
Bongkah bulat Gouda keemasan di pasar keju

Keju (Jawi: کيجو) atau panir (Jawi: ڤانير‎) ialah makanan mengandungi protein dan lemak daripada susu, biasanya susu perahan lembu, kerbau, kambing, atau biri-biri. Ia dihasilkan oleh penggumpalan protein kasein susu. Lazimnya, susu dijadikan asid dan ditambahkan enzim renet atau bakteria yang menyebabkan penggumpalan. Pepejal-pepejal itu kemudiannya dipisahkan dan dimasukkan bentuk akhir.[1] Sesetengah keju juga mengandungi kulat, sama ada pada kulit luar atau secara keseluruhannya.

Ratusan jenis keju telah dihasilkan menampilkan pelbagai gaya, tekstur dan perisa berbeza bergantung pada asal susu tersebut (termasuk diet binatang itu), sama ada ia telah dipasteur, kandungan lemak mentega, spesis bakteria dan kulat, serta pemprosesan termasuk tempoh penuaan. Herba, rempah, atau asap kayu boleh digunakan sebagai bahan perisa. Warna kekuningan atau kemerahan pada keju-keju terhasil menambah annatto. Keju boleh dimakan begitu sahaja atau dimasak dalam pelbagai hidangan; kebanyakan keju cair apabila dipanaskan.

Keju sangat dihargai kerana ketahanan dan sifat mudahalih ia serta dan kandungan yang tinggi lemak, protein, kalsium, dan fosforus lagi-lagi bagi anak kecil yang tinggi keperluan protein mereka berbanding manusia dewasa.[2] Namun, kandungan lemak, kalori dan kolesterol hasil susu asal dipakai (terutamanya yang tulen atau sarat kandungan krimnya) dapat menyebabkan masalah kesihatan apabila dikonsumsi secara berlebihan.[2]

  1. ^ Fankhauser, David B. (2007). "Fankhauser's Cheese Page". Dicapai pada 2007-09-23.
  2. ^ a b Ryan, Nancy Ross (2007). Cheese (dalam bahasa Inggeris). Microsoft ® Student 2008 [DVD]. Redmond, WA: Microsoft Corporation. Cite has empty unknown parameter: |1= (bantuan)

Keju

Dodaje.pl - Ogłoszenia lokalne