Kenaikkan pangkat anumerta ialah kenaikkan pangkat atau jawatan yang diberikan kepada seseorang yang telah meninggal dunia. Kenaikkan anumerta paling kerap dikaitkan dengan tentera, tetapi boleh diberikan kepada bidang lain seperti perniagaan, keselamatan awam, sains, atau kesenian. Pangkat yang lebih tinggi biasanya bertujuan sebagai pengiktirafan beristiadat sesuatu pencapaian, yang dianugerahkan selepas kematian mereka, walaupun dalam kes ketenteraan boleh berlaku kesilapan jika si penerima dilaporkan hilang sebelum kematian mereka disahkan.