Kerabat Lancaster | |
---|---|
Sebagai keturunan jurai lelaki yang berdaulat, para Earls Lancaster menggunakan jata kerajaan beraja yang dibezakan oleh satu label azure of three points each charged with three fleurs de lys Or. Lelaki terakhir dari keluarga ini dinaikkan ke pangkat duke, yang mana kemudian mengwujudkan semula gelaran bagi kali kedua. | |
Negara | Kerajaan beraja England |
Kerabat utama | Kerabat Plantagenet |
Gelaran | Raja England Earl Lancaster Earl Leicester Count Champagne dan Brie Lord Beaufort dan Nogent[1] Earl Moray Earl Ferrers Earl Derby Earl Salisbury Earl Lincoln Duke Lancaster |
Diasaskan | 1267 |
Pengasas | Edmund Crouchback, Earl Lancaster dan Leicester Pertama |
Pemerintah terakhir | Henry dari Grosmont, Duke Lancaster Pertama |
Ketua terkini | Pupus dari jurai lelaki |
Pembubaran | 1361 |
Kerabat Lancaster | |
---|---|
Jata John dari Gaunt dan jata kerajaan berbeza oleh sebuah label ermine. Keturunan diraja dari beliau memakai jata yang sama | |
Negara | Kerajaan beraja England, Kerajaan beraja Perancis |
Kerabat induk | Kerabat Plantagenet |
Gelaran | Duke Lancaster Raja England Raja Perancis |
Diasaskan | 1362 |
Pengasas | John dari Gaunt, Duke Lancaster Pertama |
Pemerintah terakhir | Henry VI dari England |
Ketua terkini | Pupus dari jurai lelaki |
Dibubarkan | 1471 |
Cabang kadet |
|
Kerabat Lancaster merujuk kepada dua cabang kadet daripada keluarga diraja kerabat Plantagenet. Kadet pertama wujud apabila Henry III dari England mengasaskan Earldom dari Lancaster—yang mana bersempena dengan nama—anak lelaki kedua beliau Edmund Crouchback pada tahun 1267. Edmund telah menjadi Earl dari Leicester pada tahun 1265 dan dianugerahkan tanah dan keistimewaan ke atas Simon de Montfort, Earl Leicester ke-6, selepas kematian de Montfort dan memenangi Perang Baron Kedua.[2] Apabila anak lelaki Edmund, Thomas, Earl Lancaster Kedua, mewarisi ladang bapa mertua beliau dan gelaran Earl dari Lincoln, beliau menjadi bangsawan paling berkuasa di England, dengan tanah di seluruh negara dan keupayaan untuk membiayai tentera persendirian bagi mendapat kuasa di peringkat negara dan tempatan.[3] Ini menjadikan beliau—dan Henry, adik lelaki beliau—terlibat dalam konflik dengan sepupu mereka iaitu Edward II dari England, menyebabkan pembunuhan Thomas. Henry kemudian mewarisi gelaran Thomas dan beliau serta anak lelaki beliau, yang juga dikenali dengan Henry, memberi khidmat setia kepada anak lelaki Edward—Edward III dari England.