Kereta

Benz Auto, 1886
Proton Saga

Kereta (disebut [kĕ.ré.ta], Jawi: كريتا; bahasa Inggeris: car) ataupun automobil (bahasa Inggeris: automobile) ialah kenderaan bertayar empat (biasanya) yang mempunyai enjin. Pada masa dahulunya ia dikenali sebagai kenderaan bermotor kerana 'motor' merujuk kepada enjin. Kereta mempunyai tempat duduk untuk pemandu dan sekurang kurangnya satu tempat duduk untuk penumpang dan selebih-lebihnya 7 orang.

Perkataan "kereta" merupakan pinjaman dari kata bahasa Portugis carreta,[1][2] ia sendirinya turunan perkataan bahasa Latin carrus[1] yang bermaksud suatu kenderaan mengangkut barangan beroda dua ditarik lembu[3] – pada awalnya, kata kereta umum diberikan kepada mana-mana kenderaan beroda tidak mengira cara digerakkan (kereta api, kereta becha, kereta lereng dan sebagainya)[4] sebelum disempitkan ertinya menggantikan kata untuk wahana beroda seumpama yakni راتrata yang pernah digunakan hikayat-hikayat lama seperti Hikayat Hang Tuah dan Hikayat Seri Rama.

  1. ^ a b Muzzi, Geraldo Affonso (2014). The Portuguese in Malay Land. Ediçoes Vercial. m/s. 112.
  2. ^ Dalgado, Sebastião Rodolfo (1936). Portuguese Vocables in Asiatic Languages. Diterjemahkan oleh Xavier Soares, Anthony (ed. bahasa Inggeris). Baroda: Oriental Institute. m/s. 80–81.
  3. ^ Peck, Harry Thurston, penyunting (1898). "carrus". Harpers Dictionary of Classical Antiquities. New York: Harper & Brothers. ...a two-wheeled cart like that shown in the annexed illustration. It was used in the Roman armies chiefly for the transportation of baggage and stores, and drawn by bullocks...
  4. ^ Lihat:
    • Wilkinson, Richard James (1901). "كريت‎ kĕreta". A Malay-English dictionary. Hong Kong: Kelly & Walsh, limited. m/s. 517.
    • Wilkinson, Richard James (1932). "kĕreta". A Malay-English dictionary (romanised). I. Mytilini, Yunani: Salavopoulos & Kinderlis. m/s. 572 – melalui TROVE, Perpustakaan Negara Australia.

Kereta

Dodaje.pl - Ogłoszenia lokalne