Kesipian orbit (Jawi: کسيڤين اوربيت , Inggeris: Orbital eccentricity) dalam astronomi ialah nilai apabila sesuatu orbi menyimpang daripada bulatan yang sempurna, 0 ialah bulatan sempurna dan 1.0 ialah parabola serta tiada lagi orbit yang tertutup. Ia mendapat namanya daripada keratan kon kerana setiap orbit Kepler ialah keratan kon.