Khalilah Ali

Khalilah Ali
Kelahiran
Belinda Boyd

1950 (umur 73–74)
PekerjaanPelakon
PasanganMuhammad Ali (1967-1977)
Anak-anakMaryum Ali
Jamillah Ali
Rasheda Ali
Muhammad Ali, Jr.

Khalilah Camacho Ali (lahir Belinda Boyd pada 1950) merupakan bekas isteri kepada peninju Muhammad Ali.[1] Pada tahun 1967, beliau berkahwin dengan Muhammad Ali semasa berumur 17 tahun.[1] Sepuluh tahun kemudian mereka bercerai.[2][3] Beliau mempunyai empat orang anak dengan Muhammad Ali.[1]

Khalilah belajar karate, dan pada tahun 1977, mendapat tali pinggang hitam kelas ketiga.[2] Khalilah diajar oleh Jim Kelly dan Steve Saunders.[2] Beliau akhirnya memperolehi tali pinggang hitam kelas ke-9.[4] Beliau muncul di kulit majalah Ebony Magazine sebanyak tujuk kali.[4] Khalilah berkahwin semula pada tahun 1980-an dan kemudian bercerai dua kali.[5]

Beliau juga muncul di dalam filem Jane Fonda yang bertajuk The China Syndrome.[6]

  1. ^ a b c "Bitter About Ali ('i Call Him Cassius Clay'), Ex-Wife Khalilah Forges a Life of Her Own". people.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-04-23. Dicapai pada 2016-06-12.
  2. ^ a b c Kisner, Ron (September 1977). "Ebony". Johnson Publishing Company: 82. ISSN 0012-9011. Cite journal requires |journal= (bantuan)
  3. ^ "Muhammed Ali's Ex-Wife, Khalilah Camacho Ali, Opens Up About Their Marriage". The Huffington Post.
  4. ^ a b Francisco Alvarado. "Khalilah Camacho-Ali was in the Champ's corner through some of boxing's greatest moments". Miami New Times.
  5. ^ Francisco Alvarado. "Khalilah Camacho-Ali Stood by Muhammad Ali Through Exile and Triumph". New Times Broward-Palm Beach.
  6. ^ Internet Movie Database

Khalilah Ali

Dodaje.pl - Ogłoszenia lokalne