Dinasti Fatimiah الدولة الفاطمية ad-Dawlah al-Fāṭimiyya | |||||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
909–1171 | |||||||||||||||||||||||||
Bendera | |||||||||||||||||||||||||
Ibu negara |
| ||||||||||||||||||||||||
Bahasa yang umum digunakan | Arab (bahasa dominan dan pertuturan) Judeo-Arab (bahasa Arab dengan tulisan Hebrew) Berber Latin Afrika | ||||||||||||||||||||||||
Agama | Syiah Ismailiyah | ||||||||||||||||||||||||
Kerajaan | Khilafah | ||||||||||||||||||||||||
Khalifah | |||||||||||||||||||||||||
• 909–934 (pertama) | al-Mahdi Billah | ||||||||||||||||||||||||
• 1160–1171 (terkhir) | al-'Āḍid | ||||||||||||||||||||||||
Era Sejarah | Zaman Pertengahan Awal | ||||||||||||||||||||||||
• Didirikan | 5 Januari 909 | ||||||||||||||||||||||||
• Pengasasan Kaherah | 8 Ogos 969 | ||||||||||||||||||||||||
• Dibubarkan | 1171 | ||||||||||||||||||||||||
Keluasan | |||||||||||||||||||||||||
969[1][2] | 4,100,000 km2 (1,600,000 bt2) | ||||||||||||||||||||||||
Populasi | |||||||||||||||||||||||||
• | 6,200,000 | ||||||||||||||||||||||||
Mata wang | Dinar | ||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||
Sekarang sebahagian dari | Negara kini |
Kerajaan Fatimiyah atau al-Fātimiyyūn (Arab: الفاطميون ) merupakan sebuah kerajaan khilafah Islam bermazhab Syiah yang memerintah kawasan Afrika Utara, Mesir dan Syam bermula dari 5 Januari 910 sehingga 1171. Dinasti ini berdiri setelah jatuhnya Dinasti Aghlabiyah dan bermula di Qairawan. Golongan elit pemerintah kerajaan ini merupakan penganut mazhab Ismailiyah dari mazhab Syiah. Pemimpin kerajaan ini juga merupakan Imam Syiah Ismailiyyah, dan oleh yang demikian, mempunyai kepentingan keagamaan kepada Syiah Ismailiyyah. Mereka juga merupakan sebahagian dari rantai pemegang jawatan khalifah, yang diakui kebanyakan Muslim. Ini merupakan satu-satunya zaman di mana Imam Syiah dan khilafah Islam bersatu selepas pemerintahan Khalifah Ali bin Abi Thalib.
Kerajaan Fatimiyyah dikatakan amat bertoleransi dengan orang Yahudi dan Kristian Qibti di samping orang Islam aliran lain.
Pada zaman 'Ubaydullah al-Mahdi pucuk pimpinannya ialah al-Mahdi sendiri sebagai khalifah yang mengaku berketurunan Ismail (imam yang diakui Ismailiyah sebagai penerus Ja'afar As-Sadiq). Pada zaman anak beliau, al-Qa'im sehingga al-Mu'iz, kuasa khalifah berada adalah di tangan para wazirnya yang berketurunan Barbar. Pada zaman al-'Aziz pula pengaruh Turki mula masuk. Pada waktu ini juga berlaku persaingan antara orang Turki dengan orang Barbar.