Kias


Kias, juga dieja sebagai qiyas (bahasa Arab: قياس), adalah menyamakan hukum suatu perkara yang baharu yang belum ada pada masa sebelumnya dengan perkara yang sedia ada kerana persamaan sebab dan manfaat.[1] Pada makna bahasa ia adalah ukuran, persamaan, pengukuran atau perbandingan.

Ia adalah proses (ijtihad) berasaskan pengibaratan daripada ayat Al-Quran dan sunah atau perintah yang telah diketahui untuk perkara-perkara baru. Kias menetapkan suatu hukum suatu perkara baru yang belum ada pada masa sebelumnya berasaskan perkara terdahulu yang memiliki kesamaan dari segi ilat, sebab, manfaat, bahaya dan berbagai aspek lain sehingga dihukumi sama.

  1. ^ Siti Asmah Kasmo (2018) Kamus Pendidikan Islam KSSM. England: Oxford University. ISBN 9789834725525. h. 36.

Kias

Dodaje.pl - Ogłoszenia lokalne