Kod sumber

Kod sumber atau kod program (biasanya hanya dipanggil sumber atau kod) merujuk kepada sebarang siri pernyataan yang ditulis dalam bahasa pengaturcaraan komputer yang difahami manusia. Dalam bahasa pengaturcaraan moden, kod sumber yang membentuk perisian biasanya terdapat dalam beberapa fail komputer, tetapi kod sumber yang sama boleh dicetak di dalam buku atau dirakamkan di dalam pita (biasanya tanpa fail sistem).

Istilah ini biasanya digunakan dalam konteks bahagian tertentu perisian komputer. "Kod sumber" perisian komputer ialah kumpulan fail yang boleh ditukar daripada bentuk yang boleh dibaca manusia kepada bentuk setara untuk pelaksanaan komputer. Kod sumber ditukarkan kepada kod objek oleh sama ada penghimpun atau pengkompil untuk CPU komputer tertentu, atau dilaksanakan daripada bentuk boleh difahami manusia dengan bantuan pentafsir.


Kod sumber

Dodaje.pl - Ogłoszenia lokalne